Powered By Blogger

Sunday 28 April 2013

ISTANBUL AKU DATANG (BHGN 2)

Sepertimana yang telah dijanjikan semalam, saya akan menyambung untuk menceritakan pengalaman saya ketika bercuti di Istanbul.

Setelah menempuh penerbangan selama 10 jam 30 minit, akhirnya kami selamat mendarat di "Ataturk Airport" lebih kurang pada jam 5.30 pagi waktu Turki dan 10 pagi waktu Malaysia. Alhamdulillah rombongan kami tidak mengalami sebarang masalah ketika melalui pemeriksaan oleh pihak imegresen. Ketika itu suhu di Istanbul adalah lebih kurang 15-16 darjah celcius. Tidak terlalu sejuk. Biasa-biasa sahaja.

Kedatangan kami disambut oleh pemandu pelancong kami, Ensar Islamoglu. Perjalanan diteruskan lagi dengan menaiki bas ke Bursa, Turki. Suatu ketika dahulu, Bursa juga merupakan ibu negara Turki. Perjalanan mengambil masa kira-kira 4 jam. Negara Turki terbahagi kepada Turki Asia dan Turki Eropah. Oleh itu, Bursa terletak di sebelah Turki Asia.


Saya sangat tertarik dengan "tagline" ini (Istanbul, the only place in the world where you can walk from asia to europe). Ya, memang benar sekali. Untuk ke Bursa, kita harus melalui Selat Bosphorus. Sebab apa? Seperti mana yang telah saya nyatakan sebelum ini, Turki terbahagi kepada dua. Kami menginap di sana untuk satu malam sahaja.



Kami dibawa bersiar-siar di sekitar Bursa. Kawasannya agak bergunung-ganang. Yang berdiri di tengah-tengah itu ialah pemandu pelancong kami. Seorang yang agak "sporting". Dia tidak penat melayan karenah ahli rombongan kami.

Dipendekkan cerita, keesokkannya kami dibawa kembali ke Istanbul. Kami menginap disana selama tiga malam. Salah satu tempat yang benar-benar ingin saya lawati ialah Masjid Biru. Alhamdulillah, hasrat saya untuk ke sana tercapai jua.




Ini merupakan pintu masuk Masjid Biru. Kawasan di sekelilingnya amatlah luas. Dipenuhi dengan pelancong-pelancong dari seluruh pelosok dunia.

Menurut cerita oleh pemandu pelancong tersebut, pendidikan di Turki semuanya adalah percuma. Terdapat 260 universiti di Istanbul dan 60 daripadanya adalah swasta. Tidak dinafikan pemandangan di Istanbul sangatlah menarik. Tidak dapat diungkap dengan kata-kata.



Salah satu daripada universiti yang terdapat di sana.



Inilah dia Hagia Sophia. Sebelum menjadi masjid, Hagia Sophia merupakan gereja bagi umat empayar Kristian Timur (Byzantine) yang dibina oleh Constantius. Hagia Sophia atau Aya Sofia dalam bahasa Turki adalah sebuah bangunan bekas gereja dan masjid, dan sekarang adalah sebagai muzium.

Di samping itu, kami juga dibawa ke Topkapi Palace. Di sini tersimpan benda-benda sejarah peninggalan kekuasaan Islam.



*gambar ini dicuri dari en google. maaf la, gambar yang diambil sendiri tak ingat letak kat mana. hmm..*



Dua orang budak nie sangat comel k. Pertama kali melihat mereka membuatkan saya rasa macam " kan bes kalau ada adik yang secomel ini..waaaa". Anak-anak Turki ini dipakaikan sebegini dan dibawa menziarahi makan Nabi Ayub Al Ansari sebagai adat sebelum dikhatankan.

Sebenarnya antara tempat yang wajib dilawati juga ialah "Spice Market." Di situ pelbagai jenis rempah ratus dijual sama ada penduduk tempatan mahupun pelancong. Ketika rombongan kami memasuki ke dalamnya, penjual-penjual memanggil kami " Malaysia Malaysia Malaysia"..."mari mari murah murah"..haha...saya tergelak melihat karenah mereka. Bagaimana mereka mengenali kami? Haaa...sebab kami semua memakai "nametag" masing-masing dan di situ terteranya bendera Malaysia. Menarik bukan? 

Tempat terakhir yang wajib dilawati sebelum pulang ialah "Grand Bazaar." Tempat membeli-belah.



Ini ialah ibu bapa saya. Di dalam bazaar ini terdapat lebih kurang 4000 kedai. Masa yang diberikan oleh pemandu pelancong kami hanyalah 2 jam. Memang tak sempat la kalau nak tawaf satu bazaar. Hehe.. Jadi, kami beli apa yang patut sahaja. Oh ya! mata wang Turki disebut sebagai "Lira."

Seterusnya, kami menikmati makan malam di sebuah tempat yang agak istimewa. Makanan yang wajib anda makan sekiranya ke Istanbul ialah kebab ikan. 
Lebih kurang macam ni la tempat makan kami. Nampak biasa-biasa saja, tapi sebenarnya ia luar biasa. #eh

Pengembaraan kami ke Turki terhenti setakat ini sahaja. 4 hari berada di sana membuat saya berasa untuk ke sana lagi jika diberi peluang sekali lagi. Sungguh tidak puas.


Sekitar jam 6.30 petang kami dibawa semula ke lapangan terbang untuk meneruskan perjalanan kami. Ketika itu tidak digambarkan betapa beratnya hati untuk meninggalkan Turki.

Sekian sahaja sedikit coretan mengenai pengalaman saya yang dapat dikongsikan kepada para pembaca. Lebih kurang tu halalkan saja k. hehe...secara jujurnya saya pun dah tak berapa ingat kenangan-kenangan di sana. mintak maaf la ye. Assalamualaikum. :-**

No comments:

Post a Comment