Tuesday, 9 July 2013

RAMADHAN!

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN AL-MUBARAK !

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, kita dapat bertemu lagi dengan bulan yang mulia ini.
Sudah pasti ramai yang ternanti-nanti akan kehadiran bulan yang mulia ini. Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! ^_________^
Berapa ramai daripada kita yang berasa teruja dengan kedatangan bulan Ramadhan?


Marilah sama-sama kita gunakan kesempatan yang ada ini untuk mempertingkatkan amalan ibadah kita.
Di sini saya ingin berkongsi antara amalan sunnah Ramadhan:
1. Mengutamakan sahur.
2. Menyegerakan berbuka puasa.
3. Berdoa sepanjang puasa dan ketika berbuka.
4. Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang bertentangan dengan ibadah puasa.
5. Menggandakan amalan membaca Al-Quran.
6. Mendirikan solat sunat Tarawikh.
7. Menggiatkan beribadah 10 terakhir Ramadhan.
8. Memberi makanan kepada yang berpuasa.
9. Bermurah hati dan banyak menderma.

Seperti yang kita ketahui, Ramadhan mempunyai 3 fasa.




Jadikan bulan Ramadhan sebagai permulaan untuk kita semua berubah menjadi lebih baik, in shaa Allah.

Untuk lebih mengetahui mengenai kebaikan bulan Ramadhan, boleh rujuk di link ini:
(Pesta Ibadah oleh Anwar Hadi & Aiman Azlan)

Sekian sahaja untuk kali ini. Selamat menjalani ibadah puasa. Semoga ibadah kita sepanjang bulan ini diterima oleh Allah SWT, in shaa Allah. Ma'assalama waaillalliqa'. (':