Powered By Blogger

Saturday 27 April 2013

ISTANBUL AKU DATANG (BHGN 1)

Assalamualaikum wbt...:)
Untuk isu kali ini, izinkan saya untuk berkarya dalam bahasa Melayu pula...cewahh..bajet gila..hihi...:p

Berbalik kepada tajuk yang asal. "Istanbul Aku Datang." Jadi, saya pasti sudah ramai yang menonton filem ini. Sebenarnya perkara apakah yang menyebabkan anda tertarik untuk menontonnya? Adakah disebabkan perkataan "Istanbul" itu sendiri? Biarkan anda yang menentukan jawapannya.

Jadi, pada isu kali ini saya bukannya hendak mengupas mengenai filem ini dengan lebih lanjut. Tidak sama sekali! hehe...fuhh...suspens~

Di sini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya ketika menjejakkan kaki ke bumi Istanbul. Dengan izin Allah, pada Mei tahun lepas saya sekeluarga telah berpeluang untuk bercuti di Istanbul, Turki. Ini merupakan kali pertama kami bercuti di luar negara. 

Saya berasa begitu teruja sekali mendapat tahu mengenai berita ini. Kata seorang kenalan, Turki merupakan sebuah negara yang bersejarah. Oleh itu, lebih elok jika kita membuat sedikit kajian mengenai latar belakang Turki sebelum bertolak ke sana.

Kebetulan pada ketika itu, terdapat sebuah agensi pelancongan yang mengiklankan mengenai pakej ke Istanbul. Harga yang ditetapkan begitu berpatutan sekali. Kami ke sana menaiki penerbangan "Turkish Airlines."


Oh ya! lupa nk bagi tau sesuatu...apakah itu?? haaaaa...kalau orang Malaysia nak ke Turki menaiki penerbangan ini, maka mereka haruslah menaikinya dari "Changi Airport", Singapura. sebab apa? Sebab airline nie tak ambil penumpang dari Malaysia..tak tau la kenapa...hmm..ayat tak boleh formal lagi ka?? hihi...



Jadi, kami tiba di "Changi Airport" 4 jam sebelum waktu berlepasnya ke Istanbul.


Penerbangan kami ialah pada pukul 11.50 malam. Sementara menunggu kami sempat berbual-bual bersama ahli rombongan kami yang lain-lain. 



Sementara memasuki ke gate pelepasan, kami sempat lagi bergambar...huhu...yang dua orang tu adik-adik saya...Nadia dan Nabila...:)


15 minit sebelum penerbangan, kami menerima arahan untuk memasuki ke dalam. Saya ditakdirkan untuk duduk bersama ibu saya. Kapal terbang  tersebut memuatkan 200++ penumpang.


Depa dua ni memang geng. Tengok-tengok dapat pulak duduk sekali. Hmmm...warna tudung pun sama..haih..=_=




Beginilah keadaan di dalam kapal terbang ketika kami memasukinya. Penerbangan ke Istanbul mengambil masa 10 jam 30 minit. Fuhhh!!! lama gila kan?? 8000km kot... Sakit habis badan duk dalam kapal tu..dah tak boleh nk gerak mana-mana...ada sorang pramugara tu muka iras-iras Maher Zain kot....haha...besa la..orang Turki kan? tinggi pulak tu..perrgghh!! *okay, lebih2 sangat dah tu*




Inilah makanan yang dihidangkan kepada kami semasa dalam penerbangan. Makanan dihidangkan sebanyak 2 kali. Sedap tu...tapi kalau makan banyak-banyak, muak jugak..sebab tak biasa kan..

Semasa dalam penerbangan, saya terlihat suatu keajaiban Allah SWT. Pemandangan di sebelah kanan saya pada ketika itu gelap dan di sebelah kiri pulanya cerah. SubhanAllah! tapi sayangnya, saya tidak sempat untuk mengambil gambar tersebut. Ketika itu tinggal lagi lebih kurang satu jam sebelum kami mendarat di "Istanbul Ataturk Airport."

Setakat ini sahaja dahulu. Nantikan post saya yang seterusnya. ^__^

3 comments:

  1. Terbaek lah dapat ke bumi lagenda... untung, syukur, tasbih, dan beristighfar lah selalu.

    ReplyDelete
  2. Best YouTube Channel Bonuses in 2021 - Vimeo
    What is YouTube Channel Bonuses? The majority of download youtube videos YouTube channels on YouTube are the channels that most users are familiar with. The most popular YouTube

    ReplyDelete