Powered By Blogger

Thursday 27 June 2013

FROM KOREA WITH LOVE! (PART 3)

Day 5 (6/6/2013) : Kami dibawa untuk melawat ke Presidential Blue House...tapi dapat tengok dari luar sahaja, sebab dikawal ketat oleh polis. Blue House nie lebih kurang macam White House di Amerika la..tempat presiden bersidang. Kebetulan masa tu ada hari peringatan terhadap tentera-tentera Korea yang terbunuh semasa peperangan. Jadi, seluruh bandar Seoul dikawal oleh polis.



Setelah itu kami melawat pula ke Gyeongbok Palace..tempat bersejarah la kiranya nie..nasib baik pemandu pelancong kami pandai bercerita serta menarik perhatian kami semua..:)



Menurut pemandu pelancong kami, istana ini merupakan salah satu istana yang tercantik di Korea pada suatu ketika dahulu dan pada 30 tahun dahulu air di tasik tersebut akan membeku pada musim salji...hmmm...menarik bukan?

Tidak lama selepas, kami terus menuju ke The National Folk Museum of Korea. Di sini ada menceritakan kisah-kisah masyarakat Korea pada zaman dahulu..kebanyakkan adalah cerita karut...kepercayaan masyarakat Korea nie pelik-pelik sangat laa...hmmm -..-




Pada sebelah petang pula, kami dibawa untuk membeli-belah di Myeuongdong Market..dekat sini boleh la beli buah tangan untuk keluarga..harganya agak berpatutan..kebanyakkan produk Korea berjenama Samsung.




Dan kalau menurut adik saya la kan, artis-artis Korea banyak yang suka shopping dekat Myeuongdong Market nie..jadi masa tengah shopping tu, adik aku memang tak boleh duk diam..matanya asyik meliar ke sana ke mari...hoho...




Suasana di Myeoungdong Market..kami meluangkan masa sekitar dua jam di sana..memang penat berjalan, tapi seronok! ^___^ Yang menariknya, masa tengah duk shopping tu ada seorang makcik Korea nie tarik tangan aku..rupanya nak bergambar...kami kan pelancong...heeee....(:-



Dah penat berjalan, tibalah masanya untuk kami ke restoran untuk makan malam.



Makanan yang paling tak boleh dilupakan ialah roti nan..teramatlah sedap! roti nan kat Malaysia pun tak sesedap di Korea..tapi restoran nie banyak hidang sayur..mungkin ramai pelancong "vegetarian" kot. Selesai ja makan, terus balik hotel..tiba masanya untuk kami mengemas semula semua barang dan tidur. Zzzzzzz

Day 6 (7/6/2013) : Jam menunjukan 4.00 pagi...melompat daripada katil...nak mandi, solat Subuh dan simpan semua barang.



Suasana pada jam 5.30 pagi dari tingkap bilik hotel.  Seawal jam 6 pagi kami bertolak ke Incheon..ya, bakal meninggalkan bumi Korea dan pulang ke Malaysia..melalui saat-saat yang amat menyedihkan..:'(((((



Sarapan terakhir di Korea sebelum bertolak ke lapangan terbang. Dan akhir sekali, tepat jam 8 pagi waktu tempatan, kami check-in di Incheon Airport.

Walau macam mana pun, Malaysia jugak di hatiku..bak kata pepatah hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri..hehe..




Annyoenghaseyo Korea! semoga diberi kesempatan untuk ke sana lagi, in shaa Allah.

Berakhir sudah coretan saya mengenai percutian ke Korea. Selamat membaca dan sehingga bertemu lagi. Assalamualaikum. (':

3 comments:

  1. You could be our next tourguide, yes?? Hehe.
    A very exciting journey indeed! Two thumbs up!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. be your tourguide? well...let me think about it first..haha..anyway, thanks for the positive comment.

      Delete