Powered By Blogger

Wednesday, 26 June 2013

FROM KOREA WITH LOVE! (PART 2)

Day 3 (4/6/2013) : Kami bangun seawal jam 7 pagi..gara-gara tak lalu nak makan makanan Korea, kami telan maggi ja..:( 
Perjalanan diteruskan lagi untuk menuju ke SEOUL!!!! yeay! tapi sebelum itu kami dibawa ke MBC "korean drama filming site". Di sinilah drama-drama Korea menjalani penggambaran mereka.


Menurut pemandu pelancong, kami merupakan kumpulan pertama dari Malaysia yang dibawa ke sini...kiranya nie tempat "outdoor shooting" la. Makan tengahari kami pada hari tersebut ialah di sebuah restoran citarasa Siam.

Kami dihidangkan dengan sayur kubis, ikan tiga rasa, tomyam kung dan telur dadar...memang kena sangat dengan selera kami...Alhamdulillah..baru la puas makan..siap tambah nasi lagi.


Selesai saja makan, kami terus menuju ke sebuah taman tema yang dikenali sebagai Everland Theme Park...keluasannya adalah lebih kurang tiga kali ganda daripada Universal Studio Singapore (USS).



Saya bersama-sama ibu dan adik bongsu..kami diberi masa hanya dua jam untuk diluangkan di sana. Mempunyai tujuh zon utama, namun kami hanya sempat bermain di satu zon sahaja.




Dan ini ialah "Four Season Garden". Secara kebetulan semasa kami ke sana terdapat perarakan bersempena festival musim bunga...memang meriah!



Tahukah anda haiwan apakah ini? nampak macam harimau pun ada kan? haiwan ini dipanggil sebagai "liger". ya, hasil gabungan tiger + lion = liger...hidup solo sebab satu ekor nie ja yang wujud di Korea..dan kalau tak silap saya, pemandu pelancong cakap di Afrika ada 19 ekor liger. Setelah dua jam berlalu, kami meneruskan perjalanan ke Seoul untuk bermalam di sana.

ANNYEONGHASEYO SEOUL!!!! ^____________^


Day 4 (5/6/2013) : Sarapan pagi di sebuah restoran muslim tempatan...makanan pakistan dihidangkan semuanya dan bersesuaian dengan selera kami semua, alhamdulillah..(:



Pagi itu kami dibawa ke tempat pembuatan Kimchi..kami juga diberi peluang untuk menghasilkan Kimchi dengan air tangan masing-masing.

Saya sekeluarga rasa bertuah dengan peluang yang diberikan ini...tapi saya buat tak berapa jadi..sobssss...:'(
Selesai saja membuat kimchi, kami berkesempatan untuk memakai pakaian tradisional Korea yang dipanggil 'Hanbok'...ini merupakan saat-saat yang paling dinantikannnnn...heeee...(-:


Cantik kan kan kan?? huhu..pakaian nie hanya dipakai dalam upacara rasmi sahaja..sangat selesa..dah jadi macam keluarga diraja Korea pulak..opsss!  :P

Saya bersama-sama adik dan juga pemandu pelancong kami, Miss Micky yang sangat laaaaa sporting...rindu kat dia kot..^^ macam biasa, makan tengah hari kami ialah di restoran pakistan...memang tak banyak restoran halal di Korea sebab penduduk Islam di sana hanyalah sebanyak 30000 orang. Kami menunaikan solat Zuhur di Central Itaewon Mosque, satu-satunya masjid yang wujud di Korea. Masjid ini hanya memuatkan 800 orang dalam satu-satu masa.



Terletak di puncak bukit, menyebabkan kami terpaksa mendaki untuk sampai ke puncak. Sangat memenatkan namun berpuas hati dapat melihat masjid di negara orang. Kami meluangkan masa kira-kira sejam di sana dan seterusnya melawat ke madrasah yang terletak bertentangan dengan masjid tersebut.



Usai menunaikan solat, kami terus ke Dongdaemun market untuk membeli belah..tapi tak banyak sangat barang menarik kat sana. hmm...:'/
Pada sebelah petangnya, kami dibawa ke Seoul Tower..yeah! salah satu mercu tanda yang sangat terkenal di Korea. Banyak kot budak Korea yang comel-comel kat sana..geram tau tengok! jadi, kami pun mengambil kesempatan untuk bergambar bersama mereka. hihi...;-)



Dan seterusnya kami ke restoran untuk makan malam dan terus ke hotel.






Suasana ketika makan malam di restoran. makan ala-ala pakistan, tapi menu lain la..huhu..dan lepas tu balik hotel dan tidur..ZZzzzzzz...^^

Nantikan sambungnnya dalam bahagian ketiga, in shaa Allah..selamat membaca! :D :)

1 comment:

  1. Playtech Casino: 10 Free Spins No Deposit Bonus - Mapyro
    Explore and redeem 10 Free Spins for 의왕 출장안마 no deposit at Mapyro Casino. Online slot games 순천 출장마사지 and casino bonuses in Casino City are 당진 출장마사지 a must in 강릉 출장안마 your gambling 부산광역 출장마사지 life.

    ReplyDelete