Powered By Blogger

Tuesday, 25 June 2013

FROM KOREA WITH LOVE! (PART 1)

Annyenghaseyo! waaaaa...da lama tak update blog...dan tetiba cakap korea pulak..hikssss...:P

Alhamdulillah seminggu sebelum semester baru bermula, saya sekeluarga berkesempatan untuk bercuti di Korea...memandangkan agak sukar untuk mencari makanan halal di sana, kami telah memilih pakej Tabung Haji Travel sebagai agensi pelancongan ke sana..tahap kehalalalannnya telah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Day 1 (2/6/2013) : kami seramai 27orang berkumpul di KLIA seawal jam 7pagi dan bertolak dari KLIA pada jam 9.30 pagi menaiki penerbangan Cathay Pacific...penerbangan ke Hong Kong mengambil masa selama lebih kurang tiga setengah jam dan transit di sana selama sejam sahaja..penerbangan diteruskan ke Incheon Airport selama lebih kurang tiga setengah juga. Kami selamat mendarat di Incheon Airport sekitar jam 6 petang waktu Korea dan 5 petang waktu Malaysia.Ketibaan kami disambut oleh pemandu pelancong, Miss Micky. Kami bermalam di bandar Incheon.



Day 2 (3/6/2013): Kami bangun seawal jam 3.30pagi untuk menunaikan solat Subuh..ya! 3.30 pagi! awal gilaaaaa kan? tapi lepas tu sambung balik tidoq...heee...bangun pulak pukul 7pagi..

Suasana sekitar jam 6 pagi..pada ketika ini suhu adalah sekitar 17-18 darjah celcius...sangat sejuk! perjalanan diteruskan ke Nami Island yang mengambil masa dua setengah jam dari Incheon. Nami Island suatu ketika dahulu merupakan tempat penggambaran filem 'Winter Sonata'. Kalau musim salji, memang cantik la tempat nie..tapi kami pergi nie musim panas, tak kena masa..heeee...(':


Tetiba nampak papan tanda tulisan berbahasa Melayu di Nami Island..bendera kita pun berkibaran kat sana tau...waaaaa...rasa bangga kot..


Seterusnya kami menikmati makan tengah hari di sebuah restoran muslim..menariknya di situ, telah disediakan ruang solat juga..:)

Nampak menarik bukan? secara jujurnya saya tak boleh nak telan pun..:'/ Seterusnya kami dibawa melawat ke Teddy Bear Farm.
Di sini cuma ada pameran teddy bear..comel-comel belaka..heee..dan pada hari tersebut kami bermalam di Hanhwa Resort, Mount Seorak, Korea.

Tidur cara Korea..hamparkan tilam di lantai dan tidur..^_^

Setakat ini sahaja dahulu..nantikan sambungnya nanti..:-)

No comments:

Post a Comment