Assalamu'alaikum wbt semua...:)
Tanpa disedari dah 3 bulan saya nak menulis rupanya...Asif jiddan, sebab tak sempat nak kemas kini blog yang dah berhabuk nie. *sapu sikit dengan bulu ayam* okay, tak berhabuk dah.. ^___^
Alhamdulillah kerana masih diberi peluang dan kesempatan untuk melihat dunia. Isikan setiap saat anda dengan perkara yang berfaedah ya!
Alhamdulillah juga kerana hari ni saya sudah menamatkan peperiksaan akhir untuk semester dua sebagai pelajar komunikasi dan media (masscomm) bagi sesi Jun2013 - Okt2013 di Lendu, Melaka. Ya Allah! seronoknya dah habih exam...rasa ringan sangat otak.
Cuti semester yang diberi selama sebulan setengah akan digunakan dengan sebaiknya, in shaa Allah. Awat taktau rasa berat sangat hati nak tinggalkan kawan-kawan?? hmmm...mana tidaknya, dah setahun kot berkawan dengan depa semua...susah senang dikongsi bersama.
Alhamdulillah, Allah memudahkan semua urusan sepanjang 2 semester aku berada di Lendu...pejam celik, pejam celik, dah setahun rupanya aku tuntut ilmu kat bumi Lendu, Melaka nieee...ya, SETAHUN!! wahhhh! ya, terlampau banyak pengalaman pahit, manis, tawar, masin yg dikongsi dgn sahabat-sahabat...syukran atas semuanya. Tak lupa jugak kepada senior-senior yang dah grad tu...kenangan bersama takkan dilupakan, in shaa Allah...bak kata omputih "keep in touch"..hehe..
Di kala berada jauh daripada keluarga, sahabatlah yang menjadi peneman hidup...kawan sebilik, kawan sekelas, kawan sekursus, kawan kursus-kursus lain, dan pensyarah yang banyak menolong aku..Terima kasih lagi sekali!
p/s : esok balik ghumah (rumah)...dah 2 bulan tak balik Kedah sebab takdak cuti panjang...Allahu..betapa rindunya aku kat negeri kelahiran dan tempat aku dibesarkan tu..takpa2, esok da nak balik.keterujaan nak balik nie, Allah saja yang tahu...ceq ghindu suasana Sungai Petani, Kedah.. :)
No comments:
Post a Comment